Wednesday, 14 January 2015


Wanita "Ananah" iaitu wanita yang banyak mengeluh. Apa yang diberi atau dilakukan oleh suami dalam rumah tangganya serab tidak kena dan tidak puas hati.

Wanita "Mananah" iaitu wanita yang suka menafikan usaha dan jasa suami. akan tetapi menepuk dada bahawa dialah yang banyak berkorban dalam membangunkan sebuah rumah tangga yang bahagia. Dia juga sering mengungkit-ngungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan yang tinggi dan serta bergaji besar.

Wanita "Hananah" iaitu yang menyatakan kasih sayangnya kepada suami yang lain ( bekas suaminya dahulu) yang dikahwini sebelumnya atau kepada anak dari suaminya yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang kini. Wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodoh yang telah ditetapkan Allah swt dan mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan suami.

Wanita "Hadaqah" iaitu yang melemparkan pandangan dan matanya pada setiap sesuatu lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suami untuk membelinya, selain itu itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita seperti ini membuat lelaki dalam tekanan. Dia ingin apa sahaja yang dia mahu. Pada masa yang sama suka membandingkan dirinya dengan orang lain. Suka menunjuk-nunjuk.

Wanita "Basaqah" terdapat 2 makna
: wanita seperti ini suka bersolek dan menghias diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi ditujukan kepada dunia. Suka melawan. Duit dihabiskan untuk membeli barang solek, kasut dan barang kemas. Wanita seperti ini juga sangat suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi ketua dalam persatuan atau apa  jua kumpulan, orang lain tidak boleh menandinginya.

: marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali dipisah dengan orang lian dan ada bahagian dia sendiri

Wanita "Syadaqah" iaitu wanita yang banyak bicara tentang perkara yang sia-sia dan lagi membisingkan sekitarnya.

0 comments:

Post a Comment