Saturday, 3 January 2015


Sedih admin mendengar cerita mengenai seorang anak mudah yang berhasrat untuk membantu mangsa banjir di Kelantan. 

Remaja dari Gombak bersama-sama rakannya itu telah terbunuh kerana motosikal yang dinaikinya terbabas di Lebuhraya Pantai Timur berhampiran tio Cheneh, kemaman.

Remaja yang terbunuh dikenali sebagai Amirul Syazri Shah manakala rakannya dikenali Fajrul Iman yang merupakan anak yatim piatu cedera ringan.

Berikut adalah cerita yang disampaikan oleh Zulhafiz Ismail:

Dalam perjalanan misi bantuan ke Kelantan, sekitar jam 9pagi tadi selepas memasuki plaza tol cheneh, kemaman, melalui sebuah motor baru terbabas. Kelihatan seorang terkedu menahan sakit dan menemui seorang lagi terlentang di luar penghadang lebuhraya dan kedua-dua mereka dibantu dan diajarkan mengucap.

Segera menghubungi ambulan dan tiba 20 minit kemudian setelah dicek, seorang daripada mereka telah kembali ke rahmatullah.

Apa yang mengharukan, arwah Amirul Syazri azlan shah dan Fajrul Iman berumur 19 tahun datang dari Gombak untuk membantu mangsa banjir di Kelantan dengan membonceng motosikal. Iman pula anak yatim piatu dan sempat mengirimkan salam buat Tuan Guru Nik Aziz.

Kelihatan ditepi jalan penyapu dan baju turut dibawa, pada topi juga ada stiker "jihad jalan kami, Shahid cita-cita kami". Betapa murninya niat dan bersungguhnya mereka.

Moga ganjaran shshid buat arwah dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Moga-moga juga adik Iman kembali sembuh.

Al Fatihah.

Dibawah gambar-gambar yang diambil selepas kemalangan berlaku, cita-cita anak muda ini untuk Shahid tercapai.



0 comments:

Post a Comment