Wednesday, 25 February 2015


Tanggal 12 Februari 2015 pada lingkungan 0940-0945 malam, Rakyat Malaysia menerima berita yang mendukacitakan tentang pemergian tokoh ulamak yang bukan sahaja terkenal di Malaysia malahan pernah tersenarai antara ‘500 The Influential Muslims’. Beberapa sebab yang kami rasakan mengapa begitu ramai yang menyayangi beliau walaupun berlainan pegangan politik.
1) Pejuang Islam Yang Berani dan Lantang Bersuara.
Rakyat Malaysia hidup dengan pelbagai kaum dan anutan agama yang berbeza, walaupun ramai rakyat dinegara ini dapat bertolak ansur dengan pegangan agama yang berlainan tetapi Tuan Guru Nik Aziz tetap bersuara jika sesuatu perkara itu bertentangan dengan hukum Islam. Boleh dikatakan, Nik Aziz memang seorang yang berani bersuara dan menegur sesiapa sahaja bukan sahaja rakyat bawahan malahan termasuk golongan pemimpin.
2) Sederhana.
Cuba lihat menteri-menteri atau Menteri Besar yang lain, semuanya hidup dengan kemewahan. Tetapi berbeza dengan Tuan Guru. Walaupun berstatus Menteri Besar Kelantan, tetapi beliau tetap tinggal dirumahnya di Pulau Melaka, Kelantan.
3) Berilmu.
Sudah semestinya ramai orang yang berilmu untuk menjadi pemimpin, Tetapi kebanyakkannya mempunyai kelulusan keduniaan. Tuan Guru mempunyai didikan agama awal dari Ayahandanya dan mempunyai Sarjana Perundangan Islam dari Universiti Al-Azhar di Mesir.
4) Mesra.
Tuan Guru juga sememangnya ramah dan sanggup menerima sesiapa sahaja datang melawatnya di pejabat.
5) Menteri Besar Yang Mempunyai Rekod Yang Bersih.
Nik Aziz adalah Menteri Besar yang mempunyai rekod yang bersih dari segi politik wang dan sebagainya walaupun 20 tahun menjadi Menteri Besar Kelantan. Walaupun dilanda dengan pelbagai kontroversi, menjadi hinaan sesetengah orang dan sebagainya.

0 comments:

Post a Comment